Showing posts with label info agama. Show all posts
Showing posts with label info agama. Show all posts

Hukum mengambil upah mengajar al-Quran

>> Thursday, May 14, 2009


Apakah hukum sebenarnya ambil upah mengajar al-Quran ni??

Dalam perkara ini ana sendiri telah alaminya, kita nak ngajar Quran pas2 org tanya bapa bayaran.. erm nak minta xgamak, nak letak harga macam xpatut,t api nak pegi ngajar kena naik moto, isi minyak lagi, makan lagi, masa lagi... ish..camna ni??

Ana pasti ramai di kalangan sahabat2 yang masih lagi musykil dan keliru dalam perkara mengambil upah mengajar al-quran. kita sebagai jailuqurani akan hadapi perkara2 begini. klu bukan kita yang alami mungkin soalan2 yang sedemikian akan ditanya kepada kita, cth soalan :


"Ust, boleh ke kita nak amik upah ajar quran ni..." @ soalan yang lebih mengelirukan "ust ada hadis yg menyatakan klu kita mengajar al quran xble amik upah.."

Ish..camne nak jawab ni, agak membingungkan jgk kita klu x alert dengan dalil2 dan hujah2 yang dikemukakan oleh para ulama'. Klu kita kata wallahua'lam ish3 xpatut2..pelajar pengajian al Quran Uni Malaya tuu. bakal guru dalam bidang alquran plak tu.. ana telah merujuk beberapa org ustaz dan mencari beberapa pandangan ulama' berkenaan dengan mengambil upah mengajaq al quran.

Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya upah yang paling benar kamu terima adalah Kitabullah.” (HR. Bukhori)

Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahwa jumhur ulama telah berdalil dengan hadits ini didalam membolehkan mengambil bayaran dari mengajarkan Al Qur’an.


Menurut Syeikh Yusof Al-Qardhawi:Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk:

Pertama: dengan tujuan untuk beribadah saja, dan tidak mengambil upah.
Kedua: mengajar dengan mengambil upah.
Ketiga: mengajar tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya.


Yang pertama mendapatkan pahala dari Allah SWT, kerena itu adalah amal para Nabi a.s.
Kedua diperselisihkan. Sebahagian ulama mengatakan: tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW:“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” .Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].

Sedangkan yang ketiga: dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka. Dan dengan dalil

Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘ed Al-Khudri, beliau berkata:


“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus kami dalam suatu peperangan, lalu kami singgah berhenti pada suatu kaum. Kemudian kami meminta kepada mereka agar menjamu kami. Tetapi mereka enggan menjamu kami. Lalu ketua mereka disengat (kalajengking). Mereka pun datang berjumpa kami.

Lalu mereka berkata: “Adakah di antara kamu sesiapa yang boleh menjampi untuk mengubat sengatan kalajengking?” Aku (Abu Sa‘ed) berkata: “Ya, tetapi aku tidak akan menjampinya sehingga kamu memberikan kambing kepada kami.” (Salah seorang kaum itu) berkata: “Sungguh, saya akan memberikan kepada kamu tiga puluh ekor kambing.”


Kami pun bersetuju, kemudian aku membacakan kepadanya Al-Hamdulillah (Al-Fatihah) sebanyak tujuh kali. Setelah itu ketua kaum itu pun sembuh dan kami menerima kambing. Dia (Abu Sa‘ed) berkata: “Lalu timbul sesuatu dalam fikiran kami, kemudia kami berkata: “Janganlah tergesa-gesa sehingga kamu menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Dia (Abu Sa‘ed) berkata: “Apabila kami datang menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bagaimana kamu tahu bahawa (surah Al-Fatihah) itu adalah jampi? Terimalah kambing itu dan berilah aku bahagian bersamamu.”


Dalam hadits lain Rasulullah SAW membolehkan pengajaran itu dijadikan sebagai mas kahwin bagi seorang wanita. Iaitu saat Nabi Muhammad Saw memerintahkan sahabat itu untuk mencari sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi sahabat itu, hingga sebentuk cincin dari besi sekalipun. Kemudian Rasulullah SAW menanyakan surah apa yang ia boleh dibaca. Ia memberitahukan beberapa surah yang ia hafaz. Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat itu:

“Pergilah, aku telah sahkan perkawinanmu dengan mas kawin mengajar Al Quran yang engkau hafaz” (Ertinya dengan pengajaran Al Quran yang engkau lakukan kepada wanita itu.)

Ini semua adalah dalam masalah pengajaran Al Quran. Sedangkan membacanya tidak boleh menarik upah, kerana hukum asal dalam membacanya adalah ibadah, dan dasar bagi seorang yang beribadah adalah agar ia beribadah bagi dirinya, maka bagaimana mungkin ia kemudian mengambil upah kepada orang lain dari ibadah yang ia lakukan kepada Rabb-nya, sementara ia mengerjakan itu semata untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT?!

Abdurrahman bin Syibl meriwayatkan dari Nabi Saw, bahwa beliau bersabda:

“Bacalah Al Quran, amalkanlah isinya, jangan kalian menjauh darinya, jangan berlaku khianat padanya, jangan makan dengannya, dan jangan mencari kekayaan dengannya”

Imran bin Husain meriwayatkan dari Nabi Muhammad Saw beliau bersabda:

“Bacalah Al Quran dan mintalah kepada Allah SWT dengan Al Quran itu, sebelum datang kelompok manusia yang membaca Al Quran, kemudian meminta [upah] kepada manusia dengan Al Quran”

Sedangkan jika pembaca Al Quran diberikan sesuatu sedeqah, atau pemberian, maka tidak mengapa jika ia menerimanya, insya Allah.

So, kita bolehlah menggunakan mana2 hujjah yang dirasakan sesuai bagi kita dan bertepatan dengan nas2 yang sohih..wallahua'lam..

Read more...

MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

>> Wednesday, March 4, 2009

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, kita akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawapan kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP