SENARAI DOKUMEN UNTUK POSTING

>> Friday, January 15, 2010

1) Gambar berukuran pasport ( 4 keping )
2) Sijil SPM/ STPM/ Diploma
3) Transkrip Tahun 1 hingga 4 ( Jika hilang ambil dari Ijazah Dasar )
4) Sijil Perkahwinan
5) Surat Majikan ( Suami / Isteri )
6) Sijil Pendaftaran Perniagaan ( Suami/ Isteri )
7) Surat Tawaran Biasiswa / Pinjaman ( Jika hilang sila minta dari pihak
penaja )

p/s : Semua dokumen adalah dalam bentuk 2 salinan dan perlu disahkan.

Read more...

Perutusan YDP PQ 06/07

>> Sunday, January 10, 2010



Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat dating
Awal Bismillah pembuka bicara…….

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh….

Alhamdulillah, pertama- tamanya saya panjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kudrah, iradah dan inayah-Nya dapat juga diberi ruang dan peluang menggarap beberapa patah kalam dalam ruangan ini. Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pejam celik, pejam celik, jangan pejam tak celik- celik…kita telah bergelar senior kepada junior- junior dibawah kita. Kita kini berada di tahun empat, tahun terakhir kita bergelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Muda Pendidikan Islam Pengkhususan Pengajian Al- Quran (PQ) batch 2006/07 di Universiti Malaya yang tercinta ini. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kita sama- sama bergraduasi pada tahun ini kemuncak kepada seseorang yang bergelar sebagai seorang mahasiswa.

Tidak sempurna kalam saya jika tidak mengajak sahabat- sahabat sekalian mengimbas kembali memori silam kita bersama. Bermula dengan tahun pertama kita disini, kita telah diberi pilihan untuk memilih pengajian al- Quran dan juga ada yang diplih untuk berada di landasan ini walaupun bukan atas kerelaan hati dan ada juga yang memendam persoalan dalam lubuk hati, adakah aku layak berada di landasan ini?..Semua persoalan dan pertanyaan ini terjawab apabila kita berada di tahap ini dimana kita tidak boleh menoleh kebelakang lagi tetapi sekali- sekala perlu juga dan sentiasa memandang kehadapan apakah destinasi yang kita harus tujui?. Setelah beberapa langkau zaman dan makan yang kita tempuhi, kita boleh tersenyum lebar berada di dalam pQ ini, walaupun jumlahnya seramai 44 orang sahaja iaitu 24 mahasiswa dan 20 mahasiswi tetapi banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui bersama. Di tahun kedua dan ketiga, kita telah mempelajari beberapa ilmu yang baru yang menjadi teras dalam bidang ini seperti tarannum, ilmu qiraat, metodologi dan sebagainya. Yang unik dalam kelas pQ ini ialah dapat belajar bersama- sama dan yang seronoknya dapat gelak ketawa juga bersama- sama. Sekarang di tahun keempat, tahun yang paling rumit dan sibuk dengan pelbagai event dan latihan seperti mikro teaching bahasa arab dan mikro teaching PQ yang kita ambil serentak dan tidak lupa juga Latihan Mengajar yang akan menyusul pada awal bulan lima nanti. Diharap pasangan dalam LM yang dipilih sendiri oleh sahabat- sahabat dapat masing- masing membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk terus melakar kejayaan dalam kehidupan sahabat- sahabat.

Sahabat- sahabat, empat tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Jika para petani dapat menuai hasil padi mereka tiga kali dalam tempoh empat tahun ini, apa pula yang telah dibuat dan dilakukan oleh sahabat- sahabat sekalian dalam tempoh ini?. Orang yang Berjaya dalam kehidupannya ialah orang yang sentiasa membuat perancangan dengan teratur dan sistematik; If you fail to plan, you plan to fail. Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat- sahabat renung- renungkanlah kata- kata saya ini. Walaupun jumlah kita sedikit sahaja, tetapi jadilah seperti mutiara- mutiara yang berkilau di kalangan mutiara- mutiara itu. Jadilah juga insan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, tetapi juga kepada insan- insan disekelilingnya. Dicampak ke darat menjadi pohon rimbun, tempat semut- semut berteduh dan dicampak ke laut menjadi pulau, tempat burung- burung bersinggah menanti hari senja.

Sebelum saya mengakhiri kalam saya ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan dari hujung rambut hingga hujung jari kaki, jika selama saya menerajui pQ ini ada kata- kata atau perbuatan saya yang menyinggung perasaan sahabat- sahabat dan tidak memuaskan hati sahabat- sahabat, rambut sama hitam, hati belum tentu sama. Sekian..

Tetak buluh panjang suluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat..

Read more...

Kenangan PQ 2009

>> Saturday, January 9, 2010

Read more...

>> Friday, January 8, 2010

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP